Selasa, 15 Juli 2008

Memahami Istilah Cinta

Ramai pasangan yang melafazkan cinta, tetapi sebenarnya
mereka tidak mengetahui mengapa dan kenapa mereka
bercinta. Alam percintaan sememangnya indah, bagi
pasangan yang sedang asyik dilamun cinta, dunia ini
ibarat mereka yang punya.

Namun begitu masih ramai yang tidak mengetahui apa itu
cinta dan bagaimana mahu menjadikan ikatan cinta yang
dijalin akan terus membawa ke jinjing pelamin

Kefahaman tentang konsep cinta antara lelaki dan wanita
perlu diketahui serba sedikit agar hubungan cinta yang
dijalin tidak membawa kepada kekecewaan.

Bagi wanita cinta adalah sejenis emosi. Kepada orang
lelaki cinta adalah suatu peristiwa, suatu kejadian dan
bukannya emosi. Setiap peristiwa mempunyai permulaan dan
penghujung. oleh itu bagi orang lelaki sekali mereka
jatuh cinta dengan wanita, maka cinta itu akan terus
kekal jika tiada halangan yang menimpa.

Oleh sebab itu, lelaki apabila telah melafazkan cintanya
kepada wanita, tidak kiralah melalui pa sekali pun, sama
ada ikatan janji yang diucapkan sesama sendiri, ikatan
tali pertunangan, mahupun melalui pernikahan, maka
baginya selepas itu perkataan cinta tidak perlu
disebut-sebut lagi.

Berlainan pula dengan wanita, mereka mahu sentiasa
mendengar kata-kata belaian kasih dibisikan di telinga
mereka walaupun seribu kali dalam sehari. Inilah yang
menjadi perbezaan ketara istilah "cinta" bagi lelaki dan
wanita.

Apabila seseorang lelaki telah berkahwin, mereka
beranggapan perkataan "cinta" tidak perlu lagi
dilafazkan. Inilah punca utama yang sering terjadi,
wanita atau isteri merasa kecil hati, tidak lagi
dihargai malah ada ketikanya mereka merasakan si suami
tidak lagi kasih kepadanya. Ada yang lebih parah apabila
mengatakan si suami mempunyai kekasih lain.

Wanita mahukan cinta dizahirkan dengan cara perkataan
juga perbuatan. Pusat cinta dan kemesraan perhubungan
bagi wanita dan lelaki ialah dengan aktiviti
bercakap-cakap dan berbincang mengenainya.

Pusat cinta bagi lelaki pula ialah aktiviti fizikal,
begitu juga pusat hubungan nikmat kemesraan hubungan
dengan pasangannya. Mereka lebih suka melakukan pelbagai
aktiviti bersama pasangannya dan melalui cara ini mereka
telah menzahirkan perasaan cinta.

Berdasarkan pada hakikat ini, pihak wanita perlu
memahami hasrat dan cara lelaki mebicarakan soal cinta.
Mereka perlu turut serta dalam aktiviti yang diminati
pasangannya.

Contohnya, jika si lelaki mempunyai hobi memancing,
sekali sekala si isteri pergi bersama dan dalam keadaan
begini si suami merasai dicintai dan disayangi.

Lelaki juga perlu ambil tahu akan keinginan pasangannya.
Apalah salahnya jika mengucapkan kata-kata cinta pada
hari istimewa si isteri seperti hari ulang tahun
perkahwinan atau hari ulangtahun kelahirannya.

Adalah lebih baik jika diberikan hadiah-hadiah yang
lebih romantik seperti bunga, cincin idaman dan
sebagainya. Dengan kesefahaman kedua-dua belah pihak
maka kehidupan akan menjadi lebih ceria dan gembira.


Penulis : cobraeite

Tidak ada komentar: